3 Golongan tak masuk Syurga

 Assalamualaikum all my readers ,, mungkin saya bukan laa yang terbaik untuk menyampaikan tentang entry nhe but sbagai orangg Islam kita harus berkongsi this entry untuk tatapan semua ,
maaf laaa kalau mungkin ada kekurangan disbalik entry nhe yaaa , saya just copy and paste dari news pper jer :) 

Saidina Abu Bakar as-Sidiq RA meriwayatkan satu hadis Nabi SAW yang bermaksud : ''Tiga golongan tdidak masuk syurga iaitu yang pertama golongan penipu , kedua golongan bakhil dan ketiga golongan suka mengungkit-ungkit (pemberiannya) .''

■Menipu -Perbuatan menipu sangat dibenci baik agama mahupun sesama manusia 

kerana menipu boleh mengguris hati seseorang yang memberikan kepercayaan dan 

membuatkannya terpedaya .Akibatnya , orang yang jujur akan teraniaya manakala 

penipu terbabiat akan hilang kepercayaan terhadapnya . Justeru , Islam 

menganjurkan umatnya supaya bersikap jujur dan menutup pintu daripada sebarang 

kemungkinan penipuan , disarankan suapaya diadakan perjanjian bertulis dengan dua 

saksi atau dengan mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan pemberi hutang 

itu  terjamin dan terhindar daripada penipuan .

■Bakhil-Sesungguhnya harta kepunyaan seseorang itu adalah milik Allah . Oleh itu 

mereka mempunyai harta tidak boleh bakhil untuk membelanjakannya dengan cara 

sepatutnya seperti memberi nafkah kepada anak isteri , ibu bapa , ahli keluarga lain 

,sumbangan kepada anak yatim dan derma kepada orang yang memerlukan. Sifat 

Bakhil dipandang keji dalam islam kerana orang terbabit cuba menyekat aliran rezeki 

yang didatangkan kepada seseorang melalui saku orang lain . Tetapi disebabkan 

orang yang menjadi saluran itu bakhil , tersekatlah rezeki orang lain .


■Suka Mengungkit-Tabiat suka mengungkit atas sesuatu pemberian dilarang agama 

kerana akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya . Perbuatan itu juga 

akan menyebabkan terhapusnya pahala penat lelah bersedekah berganti dengan dosa 

kerana menyakiti orang lain . Firman Allah bermaksud : ''Wahai orang-orang beriman 

! Jangan rosakkan(pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebut dan 

menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana 

riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat . Maka 

bandingan orang itu ialah batu licin yang ada tanah diatas nya , kemudian batu itu 

ditimpa hujan lebat , lalu ditinggalkannya bersih licin . Mereka tidak mendapat 

sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan . Dan Allah tidak akan memberi tunjuk 

kepada kaum kafir .'' (Surah al-Baqarah:264) .

Malah , perbuatan itu akan membawa kesan buruk dalam perhubungan kedua-dua 

pihak kerana empunya diri yang diungkit pasti akan berasa seperti dicemuh , dihina 

dan tidak dihargai . Lebih parah , sekiranya perbuatan itu akan menyebabkan 

pertikaian dan kata mengata yang merencatkan hubungan persaudaraan .


Saya bukan Ustazah. Tapi, saya hanya Gadis yang dulu jahil dan ingin kembali ke pangkal jalan. InsyaAllah. Permudahkanlah ya Allah 

0 Komen Budak Comel:

Post a Comment

Korangg jangan malu-malu nak komen yaaa~