Tip SAHABAT ❤

KITA BUKAN SEMPURNA 


 Lunaskan tanggungjawab itu dengan keikhlasan kerana menyemai ukhuwah sesama rakan kerana kasih Ilahi mampu menyuburkan keimanan di dalam hati masing-masing . Persahabatan antara wanita dan dan wanita manakala lelaki dan lelaki yang menepati syariat Islam tidak akan mencari kesempurnaan diri. Terimalh rakan anda seadanya untuk mencari reda Ilahi.

Kita sedar kesalahan yang telah dilakukan , tetapi masih mengulanginya di lain hari . Faktor iman yang tidak kuat merupakan salah satu punca anda tidak mampu menahan godaan syaitan . Disitulah munculnya sahabat yang akan membimbing kita ke jalan yang benar.

Kebaikan Diri jangan sesekali anda mencari sahabat dengan mengukur tahap kebaikannya . Anda sendiri tahu bahawa anda sendiri bukan insan sempurna di mata ALLAH Sebagai insan biasa , anda perlu menerima keburukan orang lain juga. Ingatlah bahawa apabila anda menyukai sahabat kerana kebaikannya , nescaya anda akan membencinya jika dia membuat kesalahan walaupun kecil.

Harta Benda Zaman sekarang ini memang ramai remaja memilih sahabat . Ada yang tidak sedar pada status diri kerana ingin berkawan dengan anak-anak orang kaya . Motifnya semata-mata ingin kesenangan hidup. Ada yang sanggup mengikut telunjuk sahabat yang disayangi walaupun perbuatan itu salah disisi agama . Menyayangi sahabat ada batasnya . Jangan memilih  rakan kerana harta yang dimiliki kerana anda pasti akan akan menyesal apabila dia ditinggalkan anda kerana mendapat kawan baru yang setaraf dengannya . Apabila dia sudah tidak mempunyai wang , adakah anda masih ingin berkawan dengannya ?

Ilmu Pengetahuan Orang yang bijak juga mempunyai kelemahan diri . Sejauh mana ilmu yang digunakan pasti akan ada kekurangan sama ada dari segi pemikiran , personaliti mahupun amalannya setiap hari. Contohnya , saintis boleh mencipta klon haiwan tetapi masih ada kelemahan pada kemajuan sains . Sama juga keadaanya pada sahabat . Bila akalnya bijak anda suka mendekatinya , tetapi ketika dia buntu mencari jalan anada langsung tidak mahu membantunya . Begitukah sahabat yang beriman ?

Sifat Terpuji anda dinasihatkan untuk mencari sahabat ketika susah dan senang bersama , bukannya untuk berkongsi kegemmbiraan sahaja. Jika anada menyayangi sahabat kerana sifatnya yang sentiasa ceria dan gembira , pasti anda akan meninggalkannya satu hari nanti apabila dia tidak mampu menceriakan hari anda lagi . Setiap manusia ada pasang surut emosinya .Jangan mengandaikan sahabat anda tidak mempunyai masalah , kerana suka menyembunyikan tekanan yang dialami .

saya harap korang faham laaa kan , apa apa yang baik datang dari ALLAH , yang buruk tue datang dari saya sendiri . minta maaf kalau ada kekurangannya , nhe untuk  perkongsian bersama-sama .
wassalam. 

0 Komen Budak Comel:

Post a Comment

Korangg jangan malu-malu nak komen yaaa~