Bertunang Mengikut Syariat

                     Assalamualaikum w.b.t
haii korangg semua mesti ganjil gadis mcm saya nhee nak share pesal bab pertunangan neee kan, yerlaaa i'm 19teen you all .. sbnarnya nee sbgai perkongsian pendapat sehjaa after sy dapat baca dekat majalah tentang BERTUNANG MENGIKUT SYARIAT. Tak lama lagikk cuti sekolah akan bermula kan so pasti ramai yang ingin merancang perkhawina or pertunangan kan , biasalaa sbb time nhe jer saudar-mara kumpul sama , seronok juga bila buat majlis dalam cuti sekolah , seronok2 jugak but ada konsepnya tersendiri juga kan , okayylaa continue my entry nee k.Seperti yang sy kata tdi bertunang mengikut syariat nhe ada 6 yang harus kita tahu dripadanya,
   

 


1.Majlis Sederhana-Akibat terlalu ingin bertunang,anda lupa ada perkara yang sepatutnya.Tidak perlu membazir duit dan masa dengan membuat majlis pertunangan secara besar-besaran.Zaman sekarang ini seperti sudah menjadi keutamaan mereka yang ingin bertunang menempah pelamin dan khemah untuk tetamu jemputan yang ramai.Perkara ini langsung tidak digalakkan dalam agama islam.
 
2.Status Diri-Dalam islam,tiada istilah status sudah bertunang.Oleh itu,jangan sesekali menggembar-gemburkanikatan pertunangan anda dengan memuat naik gambar dan mengemaskini status di laman sosial.Perkara yang tidak tentu lagi kesudahannya tidak perlu diumumkan kepada orang lain yang tidak berkenaan.
3.Tidak Berjumpa-Bertunang bukan lesen untuk anda berdua bergerak bebas bersama.Jangan sekali jadikan itu alasan untuk anda makan,berjalan,menonton wayang dan bersuka-ria bersama.Islam masih lagi membataskan pergaulan antara berdua kerana tiada ikatan yang sah.Jika ingin berbuat demikian,maka usulkan kepada keluarga untuk bernikah segera.
4.Gambar Berdua-Selepas selesai majlis,pasti ada yang ingin mengambil gambar bersama pasangan,bukan?Bergambar berdua antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sama sekali tidak dibenarkan dalam islam.Ia ditegah kerana akan menimbulkan syak wasangka yang tidak baik terhadap kedua-duanya.Oleh itu,perkara yang akan mendatangkan keburukan di kemudian hari perlu dielakkan serta-merta.
5.Bincang Tarikh-Sebaik sahaja majlis berrtunang sudah dijalankan,bincang antara kedua-dua belah keluarga untuk menetapkan tarikh pernikahan secepat mungkin.Bukankah perkara yang baik itu perlu dilakukan dengan segera?Bercinta selepas khawin merupakan pengalaman indah paling hebat yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
6.Ahli keluarga-Keluarga terdekat sahaja.Tidak perlu mengajak orang ramai seperti majlis perkhawinan.Ini kerana pertunangan bukanlah ikatan yang sah anda berdua menjadi suami dan isteri.
okayy thats all , sy kongsikan bersama kamu . Apa yangg baik korangg ikut laa yaa.Sama2 melakukan perubahan dalam diri kita bersama-sama yaa..

0 Komen Budak Comel:

Post a Comment

Korangg jangan malu-malu nak komen yaaa~