Mencari Cinta Halal & Hikmah Istikharah

Assalamualaikum semua .. sihat korangg ? alhamdulilah harap semuanyaa baik2 sehjaaa ... hikhik, today mahu share tntng entry yg sya maw share nhe , just copy and paste untuk pnduan kita bersama ..

Rasa cinta pasti ada , pada makhluk yang bernyawa .Sejak lama sampai kini , tetap suci dan abadi. Takkan hilang selamanya, sampai datang akhir masa.Perasaan insan sama, ingin mencintai dan dicintai .Bukan ciptaan manusia , tapi takdir yang kuasa .Janganlah engkau mungkiri,segala yang Tuhan Beri.

CINTA HALAL ; ''Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengkhawini mereka) dalam hatimu.ALLAH mengetahui bahawa kamu menyebut-nyebut mereka,dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji khawin dengan mereka secara rahsia,kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf.Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah,sebelum habis 'iddahnya.Dan ketahuilah bahawasannya ALLAH mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepadaNya,dan ketahuilah bahwa ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Penyantun.''
Walaupun ayat ini diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yang masih dalam iddah(dari perceraian hidup atau mati) , pencarian cinta halal yang sentiasa diredhai-Nya.
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yang perlu diambil perhatian terbaik lagi halal, apabila seseorang lelaki berkenan kepada sidia (perempuan) sebagaimana dinyatakan diatas :

1 Menyatakan perasaan melalui sindiran dengan kata-kata kinayah/berlapik
(tersirat)yang baik-baik.
2 Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya dalam
kalangan orang lain,tidak kepadanya secara jelas.
3 Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan
yang tidak sepatutnya secara jelas dan tidak boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkhawin denganmu),tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yang baik (antara sindiran yang baik adalah seperti;saya tertarik/minat denganmu!)dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.

Hikmah Istikharah ; Daripada langkah yang disebut jelas oleh ALLAH sebagai panduan,perlu ditekankan juga segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepada-Nya iaitu dengan ISTIKHARAH . Yang pasti, tiadalah penyesalan dan kekecewaan, atau putus asa bagi yang meminta petunjuk keputusan dari-Nya.
''Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah (meminta petunjuk)dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat. (Al-Aswat,At Tabrani,6/365)''
Dengan mengikuiti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas untuk umatnya, maka InsyaAllah disana akan ada petunjuk terbaik.Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusan-NYA yang menentukan yang terbaik untuk kita kerana ''Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia,tetapi ada juga hal-hal yang BUKAN HAK manusiauntuk memikirkannya....''
Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yang bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.
1 Jika diberi petunjuk positif,maka Alhamdulilah.Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepada-NYA.Hikmah istikharah iaitu TIADA RUGI.
2 Jika negatif jawapannya, maka itulah dia hikmah istikharah
iaitu TIADA KECEWA

 now the end :) saya harap korang ada pendapat tentang entry nhe yerrr , kita share sesama yaaa ..
wassalam , thanks kerana membacanyaaa..


2 Komen Budak Comel:

  1. salam, kak
    thanks sbb share psl nie :))

    ReplyDelete
  2. wasalam adik anis :)) most welcome , sesama kasih untuk rujukan buat kita smua jgak dik..pa yg baik itu diambil yg bruk ditngglkan . thanks sdi bca blog kka :*

    ReplyDelete

Korangg jangan malu-malu nak komen yaaa~